Saturday, March 6, 2010

Tahap Ilmu Agama Kita

(Comment to Blog MSO)

Salam perkenalan MSO,

Saya beberapa kali telah membuat blog tetapi jarang kemaskini hingga lupa apakah username & pwd. Kini saya membuat blog baru.

Saya sengaja gunakan cahaya politik dan tidak mahu memperkenalkan diri saya sebenar kerana saya bukan orang politik, saya bukan penulis sepenuh masa seperti MSO, tetapi saya hanya insan biasa yang mengikuti perjalanan siasah politik negara. Saya akui saya menjadi ahli kepada parti politik - namun apabila menjadi ahli bukan semua perkara yang perlu kita setuju membuta tuli. Bagaimanapun sekiranya MSO mensyaratkan juga saya perlu perkenalkan diri - saya tidak keberatan untuk memperkenalkan diri saya, cuma saya mohon identiti saya tidak didedahkan - cukuplah dengan cahayapolitik - cahaya masa.

Mengenai Sohibussamahah Ustaz Harussani vs Ustaz Ahmad. Seperti yang MSO nyatakan kedua-dua nya adalah alim-ulama' - saya turut mengakui. Saya bersetuju dengan tulisan MSO seperti di para terakhir maafkan kedua-duanya.

Bagi orang awam di luar sana - terutama seperti saya, saya akui saya tidak mempunyai pengetahuan agama setinggi mereka berdua - adalah tidak layak untuk saya dan kita semua
(sekali lagi - tidak mempunyai pengetahuan agama seperti mereka) untuk menyalahkan kedua-duanya atas apa yang telah berlaku. Saya percaya mereka berdua sedang memikul amanah agama untuk kebaikan ummah. Kekhilafan mungkin akan berlaku tetapi sekurang-kurangnya ia berlaku diperingkat mereka yang memegang amanah Allah. Janganlah kita pula yang menambah-nambah rencah menjadikan masyarakat semakin berkecah. Jika ada sebarang ketidakpuashatian - kembali lah semula kepada mereka berdua untuk mendapatkan penjelasan dan barulah membuat pertimbangan sewajarnya. Jika tidak boleh membuat pertimbangan, cari orang ke-tiga untuk mendapatkan pandangan. Tetapi jangan pula jumpa sebarangan orang - carilah orang yang berilmu.

Sekian.